..DUNIA IT KITA..

HeLLo uL oLLs...
Today, Ily nk share something yg agk bguna gk untuk sume especially sape2 yg xtau sal KOMPUTER.. Memandangkn dunia skng ney byk guna teknologi yg berasaskan komputer and nk bg korang celik IT ckit, So, ily sdiakn info2 yg korang leh bace..
So, have a nice reading k.. ☺
(p/s: xrugi lau bace sal ney..huhu)

⌨ iNpUt DeviCeS ⌨

korang tau x pe die INPUT DEVICES? hah, meh nk cter kt korg..jom kta selongkar.. ヅ

DEFINISI INPUT DEVICES
☛ Input Devices ialah satu unit yang berfungsi sebagai suatu media untuk memasukkan data dari luar komputer ke dalam processor atau memori untuk diolah menjadi maklumat yang diperlukan. Ia merupakan signal input dan maintenance input. Signal input berbentuk data yang dimasukkan ke dalam komputer. Manakala maintenance input berbentuk program yang digunakan untuk mengolah data yang dimasukkan.
Input Devices boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
◆Direct input devices-input yang dimasukkan akan diproses secara langsung oleh alat pemproses. contohnya ialah MOUSE,KEYBOARD, TOUCHSCREEN, LIGHT PEN, DIGITIZER GRAPHIC TABLET DAN SCANNER.
◆Indirect input devices- input yang melalui media tertentu sebelum input tersebut diproses oleh alat pemproses. Contoh: DISKET, HARD DISK, PUNCHED CARD.
ALATAN-ALATANNYA IALAH:
1. KEYBOARD
Merupakan input terpenting dalam satu pengolahan data dengan komputer. Keyboard berfungsi memasukkan data berbentuk huruf, angka, simbol serta sebagai media bagi user untuk melakukan kerja-kerja lain yang diperlukan seperti menyimpan fail. Keyboard berasal daripada model mesin taip yang dicipta oleh Christopher Latham pada tahun 1868. Keyboar yang kita kenali sekarang memiliki beberapa jenis port seperti USB, port serial, wireless dan PS2. Jenis-jenis keyboard ialah
i- QWERTY
ii- DVORAK
iii- KLOCKENBERG

2. MOUSE
Fungsinya adalah untuk memindahkan poiter atau cursor secara tepat. Selain itu, digunakan juga sebagai perintah praktis dan cepat berbanding keyboard (double click). Mouse terdiri daripada tiga tombol iaitu, tombol sebelah kiri (click), tombol tengah atau tombol gulung (scrool) dan tombol kanan right click). Mouse terdiri daripada pelbagai port iaitu serial, PS2, USB dan wireless.
3. TOUCHPAD

Input devices ini biasanya terdapat pada laptop/notebook. Unit ini digunakan sebagai pegganti mouse. Fungsinya juga sama dengan mouse iaitu memindahkan cursor atau pointer secara cepat.
4. LIGHTPEN
Adalah pointer elektronik yang digunakan untuk mereka gambar pada skrin/layar monitor. Light pen memiliki sensor yang dapat mengirimkan isyarat cahaya ke dalam komputer kemudian dirakam di mana skrin akan merakam isyarat elektronik setiap baris.
5. JOYSTICK/GAMES PADLE
Alat ini biasanya digunakan pada permainan komputer. Games paddle bebentuk tongkat dengan beberapa tombol diatasnya untuk mengendalikan sesuatu objek dalam komputer. 
6. BARCODE
Fungsi alat ini ialah untuk menyimpan sesuatu kod yang bergaris-garis tebal dan vertikal yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk angka atau nombor. 
7. SCANNER
Berfungsi untuk menyalin gambar atau teks yang kemudiannya disimpan ke dalam memori komputer dalam bentuk gambar. Fungsi scanner bersamaan dengan mesin fotostat cuma berbeza sedikit kerana scanner mampu memodifikasi fail yang di copy melalui monitor sebelum dicetak hasilnya.

8. MIKROFON
Berfungsi untuk memasukkan data yang berbentuk suara yang akan disimpan ke dalam memori komputer. Penggunaan mikrofon perlu disambungkan dengan hardware lain seperti soundcard dan speaker.

9. GRAPHIC PADS
Dengan penggunaan CAD (Computer Aided Design), maka kita dapat membuat rancangan bangunan, rumah dan lain-lain lagi dengan hanya menggunakan graphic pads. Graphic pads memiliki dua jenis iaitu menggunakan jarum (stylus) yang disambungkan ke pad atau dengan memakai bantalan tegangan rendah. Pada bantalan tersebut terdapat permukaan membrane yang sensitif terhadap sentuhan tanpa menggunakan jarum. Cara kerjanya ialah dengan meletakkan gambar pada bantalan. kemudian ditulis dengan pensil.
 Tu sahaja yg dpt ily share sal INPUT DEVICES. Arap2 info yang ily share ney dpt diterima oleh korng sume n dimanfaat sepenuhnya k... k la... Next time lak k... Sayonara...!! ヅ
Komputer ini merupakan komputer yang digunakan untuk menerima sinyal analog, biasanya digunakan untuk melakukan pengecekan untuk data yang tidak berbentuk angka, karena data yang didapatkan adalah data yang bersifat gelombang. Komputer ini biasanya digunakan untuk mempresentasikan suatu keadaan. Sebagai contoh, komputer ini digunakan untuk melakukan pengecekan suhu, penghitung aliran BBM pada SPBU, mengukur kekuatan cahaya, dan lain-lain. Komputer ini banyak digunakan untuk kegiatan ilmiah.

Read more at: http://www.reyvababtista.com/2010/09/jenis-jenis-komputer-lengkap.html
Copyright www.reyvababtista.com Under Common Share Alike Atribution

SUKA? APA KATA TOLONG LIKE. (^.^)

No comments: